Aku yang sedang cuba berhenti utk menonton movie di pawagam pon terhasut sekali dek fenomena melampau. Terdapat statement yg mengatakan air mata si teruna pon bole jatuh. Justeru, teringin jugak la nak tgk. Macam mane lah jalan ceritanya sampai bole buat ramai mengalirkan air mata.
Ternyata bagiku, failed. Rasanya Papadom lagi boleh buat aku nanges drpd Ombak Rindu. Well, yes. Maybe sebab aku ni family person. Papadom tu kan pasal kasih syg bapak kpd anak. Berbanding Ombak Rindu. Hati aku tak mampu mencapai emosi dalam cerita tu. Mungkin sebab aku single? Aku tak mampu nak rase kesedihan yang dilalui watak-watak dalam tu. Atau mungkin juga plot dalam tu sangat laju? Baru nak dpt feel, tup2 dah tukar part. Tak sempat nk tenggelam. Betol la ckp org yang pernah baca novel ni, novel yang sebegitu tebal tak mampu nak di'compile'kan utk durasi yang hanya 2jam.
Lisa nampak sangat menawan dlm tu, tapi dia macam tak berapa sesuai pegang watak Mila. Rasanya Liyana Jasmay lebih sesuai utk watak sebegitu. Julia Ziegler pulak nampak sangat macam dia tgh 'berlakon'. And pakaian dia sangat menyeksakan untuk di pandang. Oklah, aku bukan master sgt bab2 ni. Tapi ini sekadar pandangan aku sebagai penonton. Atau mungkin dari sudut pandangan seorang yang berhati ais?
Cuma aku paling suka bait-bait dalam OST Ombak Rindu ni. Sangat menyentuh kalbu. Sangat-sangat mengenai aku. Terutama part "Tuhan aku tahu banyak dosa ku.Hanya ingat Kamu kala duka ku.Namun hanya Kamu yang mampu membuka.Pintu hatinya untuk cintaku". Hehe. Jom kita tengok lirik dia.