Showing posts with label Ekspresi Diri. Show all posts
Showing posts with label Ekspresi Diri. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Ku mohon kekuatan dari kekuatanMu Wahai Pencipta.


Mungkin, saat semua sudah tersedia aku leka.
Mungkin kerna terlalu selesa dengan apa yang ada, aku lalai.


Mungkin Pencipta mahukan aku dekat denganNya.
Mungkin Dia rindukan tangis dan rintihanku padaNya.

Aku redha, aku akur Ya Allah.

Walau apa yang terjadi, aku bersyukur Kau memilihku.
Aku bersyukur dengan apa yang kau berikan.
Sekurang-kurangnya jika ini adalah salah satu jalan untuk melunaskan khilaf ku yang lalu, aku pasrah wahai Tuhan.

Aku masih ada Engkau, masih ada keluarga yang sanggup berkorban apa sahaja untuk aku. Alhamdulillah.

Ku mohon dariMu Allah, berikanlah aku kekuatan dari kekuatanMu.
Tabahkan lah aku. Yakinkan aku, Engkau sentiasa bersamaku.

Dan timpakan lah ujian yang mampu untuk aku tempuh Ya Allah.
Jauhkan lah aku dari putus asa.

Aamiin.


Monday, February 25, 2013

Dinding. Lagi.

Pastinya setiap yang berlaku punya sebab tersendiri.
Walau terkadang aku sendiri tertanya apakah yang tersirat disebalik yang terjadi itu.
Namun ku gagahkan hati, percaya dengan setiap ketentuan Dia yang satu.
Mungkin belum masanya untuk aku temui erti disebaliknya.
Kerana kadangkala setiap yang terjadi itu bukanlah untuk dimengerti.

Di saat kita merasakan chemistry itu hampir tiba,
Kejadian demi kejadian berlaku memecahkan semuanya.
Dan disini, dinding itu muncul kembali.
Kekok.
Sukar.
Perit.

Aku rindu saat itu.
Aku ingin kembali ke situ.
Seharusnya dari awal aku membina dinding itu.
Supaya aku tak merasa perasaan yang begini.
Bukan senang untuk runtuhkan dinding yang pertama dulu.
Dan pastinya lebih sukar untuk dinding yang kedua ini.

Wahai aku. Terimalah kesudahan itu. Semuanya kerana aku. 


Saturday, December 24, 2011

Kau apa tahu?

Kau apa tahu?
Bila aku punya tanggunggjawab lain.
Bila aku perlu fikir masa depan mereka dibawah aku.

Kau apa tahu?
Bila perbelanjaan aku sengaja ditahankan.
Bila aku simpan semua untuk mereka dibawah aku.

Kau apa tahu?
Bila aku perlu susun penggunaan masa yang singkat.
Bila aku terlalu banyak gunakan untuk fikir bagaimana keadaan mereka yang dibawah aku.

Kau memang takkan tahu.
Sebab kau maseh muda.
Sebab kau maseh rasa diri kau punya segala.
Tak payah kau susah2 fikir masa depan.

Dan kau memang tak tahu.
Sebab kau tak pernah berfikir macam aku.
Aku bukan matang,
aku cuma menggunakan akal sesuai dengan usia aku.
Aku bukan sempurna,
tapi aku memang selalu berusaha untuk masa depan orang-orang yang aku sayang.

Dan aku harap suatu hari nanti kau juga akan tahu.
Kerna kau juga seperti aku.
Kau juga punya mereka yang dibawah kau.
Orang tua kau tak kan selamanya punya tenaga sekuat kini.
Oleh itu, buangkan segala kehendak, penuhkan dengan mereka yang dibawah engkau.


-aDi-
-AA-

Sunday, November 20, 2011

Sekali Lagi

Di ruang infiniti,
Sekali lagi.
Bukan baru sekali,
Tapi sudah berulang kali.
Perasaanku terbang.
Melayang.

Mengapa begini?
Berulang kali cuba aku tetapkan hati.
Berulang kali cuba aku kuatkan diri.
Berulang kali cuba aku berlakon dengan minda.
Sepertinya segala yang ada didalam jasadku ini hilang kawal.
Siapa yang mengawal?
Aku kah?
Aku tidak mampu.

Hati tahu.
Minda tahu.
Semua yang ada pada jasadku ini tahu.
Ada sesuatu yang wujud dalam hati.
Tapi minda tak mahu mengakui.
Mulut tak mampu berbunyi.

Kerana aku penakut.
Ya. Aku takut perasaanku ini bakal membunuhku.
Takut dengan konklusi yang bakal muncul.
Takut dengan final result.
Takut dengan pilihanku.

Maka dengan pengecutnya aku terus terdiam.
Mendiamkan dan didiamkan.
Cuma ini yang mampu aku lakukan dikala ia melayang lagi.
Terbang bebas di ruang infiniti tanpa graviti.
Tanpa jawapan yang pasti.
Biarlah tergantung konklusi.


11.54 p.m.
20-11-2011
(Oh,terbantut lab report hidraulik seketika)