Sunday, November 20, 2011

Sekali Lagi

Di ruang infiniti,
Sekali lagi.
Bukan baru sekali,
Tapi sudah berulang kali.
Perasaanku terbang.
Melayang.

Mengapa begini?
Berulang kali cuba aku tetapkan hati.
Berulang kali cuba aku kuatkan diri.
Berulang kali cuba aku berlakon dengan minda.
Sepertinya segala yang ada didalam jasadku ini hilang kawal.
Siapa yang mengawal?
Aku kah?
Aku tidak mampu.

Hati tahu.
Minda tahu.
Semua yang ada pada jasadku ini tahu.
Ada sesuatu yang wujud dalam hati.
Tapi minda tak mahu mengakui.
Mulut tak mampu berbunyi.

Kerana aku penakut.
Ya. Aku takut perasaanku ini bakal membunuhku.
Takut dengan konklusi yang bakal muncul.
Takut dengan final result.
Takut dengan pilihanku.

Maka dengan pengecutnya aku terus terdiam.
Mendiamkan dan didiamkan.
Cuma ini yang mampu aku lakukan dikala ia melayang lagi.
Terbang bebas di ruang infiniti tanpa graviti.
Tanpa jawapan yang pasti.
Biarlah tergantung konklusi.


11.54 p.m.
20-11-2011
(Oh,terbantut lab report hidraulik seketika)

No comments:

Post a Comment