Pastinya setiap yang berlaku punya sebab tersendiri.
Walau terkadang aku sendiri tertanya apakah yang tersirat disebalik yang terjadi itu.
Namun ku gagahkan hati, percaya dengan setiap ketentuan Dia yang satu.
Mungkin belum masanya untuk aku temui erti disebaliknya.
Kerana kadangkala setiap yang terjadi itu bukanlah untuk dimengerti.
Di saat kita merasakan chemistry itu hampir tiba,
Kejadian demi kejadian berlaku memecahkan semuanya.
Dan disini, dinding itu muncul kembali.
Kekok.
Sukar.
Perit.
Aku rindu saat itu.
Aku ingin kembali ke situ.
Seharusnya dari awal aku membina dinding itu.
Supaya aku tak merasa perasaan yang begini.
Bukan senang untuk runtuhkan dinding yang pertama dulu.
Dan pastinya lebih sukar untuk dinding yang kedua ini.
Wahai aku. Terimalah kesudahan itu. Semuanya kerana aku.