Saturday, November 19, 2011

Nubhan oh Nubhan.

GorgeousNubhanAndHeisKillingMe!
Ok, org2 sekeliling saya dah tahu kot kenapa tiba2 Nubhan? Hehe. Memang saya Nubies, tp aura Nubies dalam diri sy tak sekuat Deriaku ngan A+. Tapi tiba2 saje aura Nubies 2 melonjak naek. Sebab ape? Sebab saya yang blur ni terserempak ngan Abang Nubhan (dan2 je panggil abang. haha).

Hari Jumaat memang hari saya merayau, almaklumlah 5 hari kuliah, so lepas kelas Jumaat memang waktu terbaek nak mengeluarkan diri. Jumaat yg semalam, Dona ajak teman dia repair Nokia die yang comel 2 kat Plaza Alam Sentral (PAS). Sampai sana dalam pukul 1.46pm. Hantar Nokia Dona kt service center, lapar, gerak makan kat food court dulu. Lepas tu saya pegi solat. Lepas solat kami lepak dalam 5 minit, bajet nak lepak sampai amoi yang repair 2 call Dona, tapi tiba2 Dona ckp nk pegi toilet pulak. Jomlah, bosan jugak lepak saje2 kan. Sekali kat lorong yg berliku nak ke toilet, sunyi, yang Dona selalu ckp "tempat ni bole buat filem seram ni" dan time Dona tgh berbicara, keluar kelibat seorg lelaki (actually ade lagi extra 2 org laki, tapi mcm xnmpk. Tak cukup aura mungkin.) Macam korea. Handsome! Detik dlm hati. Tapi die jalan slow2 bila nampak kami mcm tgh blur, die macam menunggu kami tegur die. Lama jugak die pandang kami. Aku rasa macam aku kenal lelaki handsome ni. Oh, damn! Aku tarik tgn Dona. "NUBHAN!" Sedikit kuat suara saya ye. Maybe die pon terdengar sebab die maseh belum keluar dari lorong2 berliku itu. Dan bila kami follow die dari belakang,(agak jaoh dah sebenarnye sebab die dah masuk kt entrance Sri Pentas 2) and die still pandang2 belakang. Lembab betol minah berdua ni. Mungkin itu yang terdetik dihati beliau. Tak pe la Nubhan. Nubbies da ramai tunggu awak kt sane kan. Kami ni memang minah blur. Lol.

Rase macam nak pegi tengok Semi Finak Muzik2 je next week. Asalnya plan nak pegi time ade 6ixth Sense je. Semangat Deriaku la katakan. Means that minggu yg last jela. Tapi dah alang2 nampak Nubhan semalam, rase nak pegi je every week. So next week ade Hazama ngan Nubhan! Yeay! Harap2 dapat pas masuk:) Tapi semestinya peluang tak kan datang lagi. Ye, peluang keemasan selalunya datang sekali je. Peluang di mana hanya kami dengan Nubhan, tanpa Nubies yg terjerit-jerit name beliau. Tak mungkin akan ade lagi peluang sebegitu. Well, at least senyum dan say 'Hai' Adi! Dush3! Kena upgrade dah memory saye ni. Lambat pikap.

Dengan tak semena-mena sy mengumpul gambar beliau dan semuanya sumber daripada Muka Buku. Ini beberapa gambar yang macam menarik utk dikongsi. Go Nubhan!

Macam model. (Er. Dah name pon artis kannn.)



Tak payah duk tenung2 sangat la kan. Jatuh tergolek dah hati saya ney. Lol~




Ok, seriously mcm ni lah rupa die time terserempak tu. Lembabnye saya(-.-')


Sangat suke angle gmbr ini di'tembak'. He looks so cool!

2 comments: